fb fb fb fb fb

Aliran trafik di Plaza Tol Skudai lancar

Namun, keadaan trafik menghala ke utara, dilaporkan mula sesak di beberapa kawasan.

JOHOR BAHRU, 14 April- Aliran trafik di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru, berjalan lancar di kedua–dua belah arah, setakat pada pukul 3.00 petang tadi.

Namun, keadaan trafik menghala ke utara dilaporkan mula sesak di beberapa kawasan.

Pengurus Seksyen S5/S6 PLUS Berhad, Zulkifli Abd Rahim berkata antara kawasan yang dilaporkan sesak adalah Machap menghala Ayer Hitam dan Yong Peng ke Seremban.

Jelasnya, kawasan–kawasan mendaki juga dilaporkan kerap berlaku kesesakan trafik semasa musim perayaan ini.

Tambah Zulkifli, pengguna lebuh raya juga dikesan masih melakukan kesilapan berulang setiap kali musim perayaan, iaitu tidak mempunyai baki kad 'Touch 'n Go' yang mencukupi sebelum memasuki Plaza Tol Skudai.

Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya untuk peka terhadap penggunaan lorong pintar atau 'smart lane' di lorong kecemasan dan tidak menghalang kenderaan lain untuk menggunakannnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM