fb fb fb fb fb

YDP Agong kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

(BYDPA mula diperkenalkan pada tahun 2006)

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara.

Lapan penerima biasiswa adalah bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat untuk peringkat sarjana.

Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara, tahun ini.

Penerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24 Tahun, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik di Universiti Cambridge di United Kingdom, Nur Dini Fatini Mohammad Faizal, 23 tahun, Penyelidikan Sains Farmaseutikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Muhammad Mohamed Amin, 27 tahun, (Kejuruteraan Pembuatan, UKM); Nurfatihah Zulkifli, 25 tahun, (Biokimia, Universiti Malaya); Syed Muhammad Iqbal Syed Othman, 26 tahun, (Bioteknologi Tumbuhan, UKM); Nur Alia Afifah Zakaria, 24 tahun, (Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM); Chai Jian Yi, 26 tahun, (Sains Perubatan, UKM) dan Soon Wan Chi, 24, (Kejuruteraan Kimia, USM).

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah/BERNAMA)

Bagi penerima biasiswa BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Omar Akbar Khan, 27 tahun, (Ekonomi, London School of Economic); Toh Liang Su, 25 tahun, (Sains Tumbuhan, Universiti Putra Malaysia); Ain Nur Afifah Azman, 22, (Sains Genetik, UKM); Nursyamimi Ramli, 26 tahun, (Sains Perubatan, UKM).

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau BYDPA adalah biasiswa berprestij negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

Sehingga tahun ini, sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan dan seramai 187 warganegara Malaysia telah diberi penajaan iaitu 94 orang di peringkat PhD dan 93 orang di peringkat sarjana bagi pengajian dalam bidang Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Media Baharu