fb fb fb fb fb

Agenda Nasional Malaysia Sihat tingkat kesedaran masyarakat isu kesihatan

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat sentiasa proaktif meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kesihatan.

Ia termasuk penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Fasa 1 (2020-2022), penyebaran literasi kesihatan dan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

"Yang kedua adalah program pemerkasaan kesihatan dalam komuniti melalui 'Wellness Hub' dan ejen kesihatan komuniti  'MyChampion', yang terdiri daripada sukarelawan Combi, kospen, ikon gigi, duta kenali ubat, wakil kesihatan kampung dan ahli panel penasihat. Yang ketiga adalah program temu seru ataupun 'outreach' melalui 'Wellness on Wheel' (WOW), yang meliputi 623 lokaliti di seluruh negara dan yang keempat adalah program promosi kesihatan melalui media," katanya di Dewan Negara, hari ini.

Lukanisman menjawab soalan  yang dibangkitkan Senator Profesor Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah.

Dewan turut diberitahu, Program Pengurusan Berat Badan IFitEr, (I Fit and Eat Right) melalui inisiatif intervensi kesihatan yang dilaksanakan di 30 hab kesihatan di seluruh negara merekodkan 9,031 klien berjaya menurunkan berat badan, setakat ini.

Di bawah inisiatif itu, juga intervensi perkhidmatan berhenti merokok turut merekodkan sejumlah 4, 846 klien berjaya berhenti merokok.

ZEHRA BINTI ZAMBRI