
SEMPORNA, 16 September – Sebanyak 1.658 tan sampah laut berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua hari menerusi program pembersihan dasar laut sempena sambutan Hari Malaysia di perairan Semporna dan Pulau Mabul.
- Program pembersihan dasar laut berlangsung 15 hingga 18 September di perairan Semporna dan Pulau Mabul.
- Program disertai 15 penyelam sukarelawan yang menyasarkan pengumpulan tiga tan sisa marin.
- Program dianjurkan bersama Persatuan Pelancongan Semporna, Malaysia Scuba Diving Association dan Semporna Professional Divers Association.
- Sejak 2024, sebanyak 36 tan sisa marin telah dikumpulkan daripada perairan Sabah.
Program yang berlangsung dari 15 hingga 18 September itu disertai 15 penyelam sukarelawan dan menyasarkan pengumpulan tiga tan sisa marin.
Wakil penganjur, Ag. Ahmad Zaki berkata usaha berkenaan mencerminkan semangat tanggungjawab bersama dalam melindungi alam sekitar marin.
“Program sempena Hari Malaysia ini mencerminkan semangat kemakmuran bersama dan tanggungjawab dalam melindungi alam sekitar marin,” katanya.

Program itu dianjurkan bersama Persatuan Pelancongan Semporna, Malaysia Scuba Diving Association (MSDA) dan Semporna Professional Divers Association (SPDA).
Menurutnya, usaha pembersihan akan diteruskan sehingga 18 September ini bagi mencapai sasaran tiga tan sisa marin.
Sejak program itu dimulakan pada 2024, sebanyak 36 tan sisa marin telah dikumpulkan dari perairan Sabah.