IPU Sungai Petani cecah 160, jejas jarak penglihatan

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 17 September – Kualiti udara di Sungai Petani berada pada paras tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 160 setakat pukul 11 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jerebu semakin ketara; jarak penglihatan di beberapa kawasan bandar telah terjejas.
  • Orang ramai dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan mengelakkan berada di kawasan terbuka lama.
  • Kanak-kanak, warga emas dan pesakit pernafasan disaran mengambil langkah berjaga-jaga.
  • Jangan melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan keadaan jerebu sedia ada.

Tinjauan RTM mendapati keadaan jerebu yang semakin ketara turut menyebabkan jarak penglihatan di beberapa kawasan sekitar bandar berkenaan terjejas.

Susulan keadaan itu, orang ramai terutama penduduk dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar dan mengelakkan berada di kawasan terbuka untuk tempoh yang lama.

Golongan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan disaran mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan jerebu sedia ada.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.