Tingkat akses perkhidmatan kesihatan, tampung keperluan penduduk sekitar

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 17 September – Sebuah Klinik Kesihatan Majidee yang baharu bernilai RM80 juta dicadang dibina di sini, bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan yang semakin padat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan Belanjawan 2027.
  • Proses awal dijangka mengambil masa kira-kira setahun.
  • Keseluruhan projek dijangka diselesaikan dalam tempoh lima tahun.
  • Tapak dicadangkan di atas tanah Kementerian Kesihatan antara Taman Suria, Majidee Park, Kebun Teh dan Kampung Kurnia.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, cadangan berkenaan telah diangkat untuk pertimbangan Kementerian Kewangan untuk dimasukkan di bawah Belanjawan 2027.

“Jadi, perkara ini telah diperakukan di Kementerian Ekonomi dan seterusnya akan diangkat untuk pertimbangan Kementerian Kewangan bagi Belanjawan 2027.

“Berdasarkan unjuran awal, proses ini dijangka mengambil masa kira-kira setahun bagi melaksanakan kerja-kerja awalan dan sebagainya dan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh lima tahun,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Klinik Kesihatan Johor Bahru di Medan Niaga Kampung Melayu Majidee di sini.

Katanya, klinik berkenaan dicadang untuk dibina di atas tanah milik Kementerian Kesihatan di kawasan antara Taman Suria, Majidee Park, Kebun Teh dan Kampung Kurnia, yang dikenal pasti sebagai lokasi paling sesuai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.