ASEAN berpontensi tarik pelaburan global, perkukuh kerjasama rentas sempadan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 September – ASEAN berpotensi menarik penyertaan lebih besar pelabur global sebagai satu kelas aset, disokong saiz ekonomi, pertumbuhan serta kepelbagaian pasaran rantau ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyertaan ASEAN dalam portfolio pelaburan global masih sederhana berbanding kepentingan dan potensi pertumbuhan rantau ini.
  • Kekuatan asas ekonomi dan demografi serta kepelbagaian pasaran meningkatkan daya tarikan dan ketahanan ASEAN kepada pelabur antarabangsa.
  • Roadshow pelaburan di London menyatukan pelabur institusi, pengurus aset dan pengawal selia sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai pintu masuk ASEAN.

Menerusi kenyataan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memaklumkan, ASEAN kini mempunyai ekonomi bernilai AS$4.26 trilion dengan hampir 700 juta penduduk, manakala perdagangan barangan mencecah AS$4.37 trilion.

Bagaimanapun, penyertaan ASEAN dalam portfolio pelaburan global masih relatif sederhana berbanding kepentingan ekonomi dan potensi pertumbuhannya.

Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, kekuatan asas ekonomi dan demografi ASEAN menyediakan ruang untuk rantau ini mendapat perhatian lebih besar daripada pelabur antarabangsa.

Beliau berkata, kepelbagaian ekonomi ASEAN turut menjadi sumber daya tahan dan pertumbuhan, terutama ketika hubungan ekonomi antara negara anggota semakin berkembang.

Perkara itu diketengahkan menerusi ASEAN Investment Roadshow pertama di London yang menghimpunkan kira-kira 100 pelabur institusi, pengurus aset, pengawal selia serta peserta pasaran.

SC berkata, usaha itu turut menyokong peranan Malaysia sebagai pintu masuk kepada peluang pelaburan dan pengumpulan dana di ASEAN, selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal 2026 hingga 2030.

Selain memperkukuh kerjasama rentas sempadan serta memperluas akses pelabur dan penerbit kepada pasaran serantau dan antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.