Aduan berkaitan deepfake melonjak ketara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Jun– Aduan berkaitan kandungan deepfake melonjak ketara tahun ini dengan 7,967 laporan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat 15 Jun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aduan deepfake meningkat ketara, melebihi rekod 917 aduan pada 2024 dan 3,612 aduan tahun sebelumnya.
  • 11,677 kandungan diturunkan selepas permohonan dikemukakan kepada penyedia platform media sosial.
  • MCMC laksanakan Kod Pengurangan Risiko di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian untuk kawal selia kandungan AI.
  • Kod mewajibkan platform berlesen melabel kandungan dipercayai dijana AI; kementerian sedia bekerjasama agensi lain.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah itu meningkat berbanding hanya 917 aduan yang direkodkan sepanjang 2024 dan 3,612 aduan pada tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 11,677 kandungan telah diturunkan selepas permohonan dikemukakan kepada penyedia platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi memperkukuh kawal selia kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI), MCMC menguatkuasakan Kod Pengurangan Risiko (Risk Mitigation Code) bawah Akta Keselamatan Dalam Talian.

Kod itu mewajibkan penyedia platform media sosial berlesen melaksanakan langkah mitigasi, termasuk melabel kandungan yang dipercayai dijana menggunakan teknologi AI.

Pada masa sama, Kementerian Komunikasi bersedia bekerjasama kementerian dan agensi lain bagi memastikan kerangka perundangan negara kekal mencukupi untuk menangani cabaran susulan perkembangan pesat teknologi AI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.