AADK pergiat saringan dadah kru penerbangan

Foto BERNAMA

BESUT, 8 Ogos – Saringan dadah terhadap kru penerbangan akan dipergiat susulan langkah Malaysia Aviation Group (MAG) mewajibkan saringan terhadap semua juruterbang dan kru kabin aktif.

RINGKASAN BERITA AI
  • AADK telah melaksanakan kerjasama dengan syarikat penerbangan sejak tahun lalu untuk program saringan dadah.
  • Saringan perlu diselaraskan dengan jadual tugas kru supaya pemeriksaan teratur tanpa menjejaskan operasi penerbangan.
  • AADK bersedia memberi khidmat nasihat dan latihan kepakaran ujian saringan serta menggalak program TEKAD tempat kerja bebas dadah.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata kerjasama dengan syarikat penerbangan telah dilaksanakan sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, pelaksanaan saringan perlu mengambil kira jadual tugas kru bertugas bagi memastikan proses pemeriksaan dapat dilaksana secara teratur tanpa menjejaskan operasi penerbangan.

“Sektor penerbangan turut digalak memperkukuh program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga bersedia memberi khidmat nasihat serta latihan kepakaran ujian saringan kepada industri penerbangan.

“Kita kena bincang dengan pihak penerbangan termasuk bersedia melaksanakan program tempat kerja bebas dadah,” jelasnya kepada media selepas menyempurnakan Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani di Felda Tenang, di sini.

Mengulas lanjut beliau menyambut baik langkah MAG memperketat saringan dadah kerana ia tindakan proaktif dan wajar bagi memastikan keselamatan pengangkutan awam.

“Operasi pengesanan penyalahgunaan dadah terhadap kru penerbangan AirAsia pernah dijalankan Disember 2025, manakala kru Malaysia Airlines April 2026,” jelasnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.