MyKhas disalur untuk rakyat, bantu penyaluran lebih berkesan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Peruntukan MyKhas disalurkan khusus untuk rakyat, dan bukan untuk kegunaan peribadi Ahli Parlimen.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh menentukan mekanisme penyaluran dana MyKhas.
  • Permohonan MyKhas dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
  • Peruntukan termaktub dalam Rancangan Malaysia dan bajet sebagai peruntukan khas bawah seliaan Perdana Menteri.

Jelas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh dalam menentukan mekanisme penyaluran dana berkenaan.

Tambahnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan bantuan disalur secara terus kepada rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen.

“Sesiapa yang memerlukan apa-apa bantuan MyKhas ini, ia dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Manakala permohonan di bawah negeri pembangkang, sekiranya terdapat permohonan boleh disalurkan melalui unit tersebut.

“Jadi mekanismanya seperti yang Perdana Menteri telah umumkan untuk Petaling Jaya melalui ketua cabang kawasan tersebut.” katanya dalam Sidang Media selepas merasmikan Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi turut memaklumkan, peruntukan itu telah termaktub dalam dokumen Rancangan Malaysia serta dokumen bajet sebagai peruntukan khas bawah seliaan Perdana Menteri untuk disalurkan mengikut keperluan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, peruntukan kerajaan disalurkan terus kepada rakyat bagi memenuhi keperluan pembangunan serta kebajikan dan bukannya kepada ahli parlimen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.