fb fb fb fb fb

741 penduduk terjejas banjir di Johor, Melaka dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Januari - Sejumlah 741 penduduk terjejas banjir di Tiga negeri iaitu di Johor, Melaka dan Sarawak masih ditempatkan di 19 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ia melibatkan 207 keluarga.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat pagi ini, terdapat 670 penduduk masih ditempatkan di 17 PPS di Johor.

Di Melaka, kemaskini menunjukkan 13 penduduk daripada Tiga keluarga masih berada di Satu PPS di Jasin iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat.

Sementara itu di Sarawak, terdapat 1 PPS turut dibuka di Daerah Sibu iaitu di Dewan Kampung Jeriah yang menempatkan seramai 46 penduduk daripada 5 keluarga.

Media Baharu