fb fb fb fb fb

6 kediaman di Nilai rosak teruk akibat tanah mendap

(Keadaan kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar)

NILAI, 30 Ogos- Kira-kira enam buah kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar rosak teruk akibat tanah mendap berikutan hujan yang berlarutan petang semalam.

Terdapat kesan retakan dan runtuhan berlaku di bahagian dapur penduduk tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Saya difahamkan tujuh buah rumah dan melibatkan sepanjang di lereng bukit jadi ada tiga buah rumah mengalami kerosakan yang teruk di bahagian belakang dan dapur.

"Jadi dekat sini punca kejadian masih tidak dikenal pasti cuma kita minta pihak teknikal buat siasatan." Ujarnya ketika ditemui pemberita.

(Mejar (PA) Shamil Ithman, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan)

Pemeriksaan lanjut akan dijalankan oleh kumpulan teknikal bagi mencari punca kejadian yang mengakibatkan tanah mendap hingga menyebabkan berlaku runtuhan di bahagian belakang rumah.

Sementara itu, Nurthy Abpdurai yang merupakan seorang mekanik berkata, "saya sedih kerana telah mengalami kerugian, saya pun tidak tahu macam mana nak cari duit dan membaiki rumah ini."

Lain pula Nirmala Devi Vengadasan seorang suri rumah sempat berkongsi detik cemas ketika kejadian itu berlaku, "masa tu saya lipat kain depan lepas tu bunyi kuat berlaku, lepas tu saya pergi tengok, tanah semua runtuh.

Dia yang panik, dan "takut, cepat melarikan diri dan sempat menelefon suami."

Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman, penduduk yang terkesan disaran untuk mencari tempat perlindungan yang lain kerana dikhuatiri terdapat pergerakan tanah sekiranya berlaku lagi hujan lebat berterusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian di Nilai.

Media Baharu