500 pelajar Parlimen Padang Rengas terima sumbangan persekolahan

PADANG RENGAS 3 Jan – Seramai 500 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat menerusi program Sumbangan Kasih Madani, sebagai usaha meringankan beban kewangan keluarga menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sasaran bantuan ialah pelajar dalam sistem eKasih dari tahun satu hingga tingkatan enam.
  • Sumbangan ini merupakan tambahan kepada Bantuan Awal Persekolahan RM150 setiap pelajar.
  • Keseluruhan inisiatif Bantuan Awal Persekolahan menelan kos RM800 juta.
  • Peruntukan bagi program Sumbangan Kasih Madani di Parlimen Padang Rengas ialah RM50,000.

Program di Parlimen Padang Rengas itu menyasarkan pelajar daripada keluarga yang tersenarai dalam sistem eKasih, melibatkan murid tahun satu hingga pelajar tingkatan enam.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sumbangan berkenaan merupakan tambahan kepada Bantuan Awal Persekolahan yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

“Ini ialah tambahan daripada apa yang telah diumumkan sebelum daripada ini iaitu bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada setiap murid tahun satu hingga pelajar tingkatan enam.

“Ia menelan kos keseluruhan sebanyak RM800 juta,” katanya kepada pemberita pada program Sumbangan Kasih Madani, Kembali ke Sekolah 2026 Parlimen Padang Rengas.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi program sumbangan itu Parlimen Padang Rengas.