fb fb fb fb fb

50,861 penduduk terjejas banjir di tujuh negeri

(Foto APM Kuching)

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Seramai 50,861 penduduk terjejas banjir direkod masih berlindung di 266 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda tujuh negeri.

Angka terkini membabitkan 14,635 keluarga itu direkodkan sehingga jam 6 pagi ini, dengan Terengganu masih mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai.

Berdasarkan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga pagi ini, 25,895 orang daripada 6,844 keluarga direkodkan di Terengganu yang berlindung di 181 PPS yang dibuka, diikuti Kelantan dengan 24,690 orang daripada 7,709 keluarga di 75 PPS.

Baki lima lagi negeri yang terjejas banjir ialah Sarawak dengan 104 orang daripada 28 keluarga di tiga PPS, diikuti Selangor dengan 57 orang daripada 18 keluarga di dua PPS dan Perak dengan 46 orang daripada 16 keluarga di satu PPS, serta Johor dengan 46 mangsa daripada 14 keluarga di dua PPS.

"Sarawak merupakan negeri terbaharu merekodkan situasi banjir dengan pemindahan penduduk dari daerah Kuching ke PPS bermula pukul 4.00 pagi tadi," katanya.

Sementara di Pahang, dua PPS dibuka dan membabitkan 23 orang daripada enam keluarga.

(Foto APM Pasir Mas)

 

 

Media Baharu