
BATU BERENDAM, 17 Mac – Polis Melaka menjangkakan antara 300,00 hingga 400,000 kenderaan bakal memasuki negeri itu sempena musim perayaan Aidilfitri.
- Pemantauan dipertingkatkan di hotspot dan blackspot bagi memastikan kelancaran trafik sempena musim perayaan.
- Ketua Polis menjelaskan blackspot ialah kawasan kerap berlaku kemalangan manakala hotspot lokasi sering mengalami kesesakan.
- Lokasi tumpuan termasuk Lebuhraya AMJ menghala ke Muar; anggota diletakkan sejak minggu lepas untuk memastikan kelancaran.
- Tiada pembekuan cuti kecuali 25 Mac; kira-kira 3,000 anggota bertugas dengan 10% diberi cuti secara bergilir.
Untuk itu, pemantauan akan dipertingkatkan di beberapa kawasan hotspot dan blackspot bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, blackspot ialah kawasan yang kerap berlaku kemalangan, manakala hotspot pula lokasi yang sering mengalami kesesakan lalu lintas.
Beberapa lokasi tumpuan telah ditetapkan di laluan yang dijangka sibuk, termasuk Lebuh Raya AMJ menghala ke Muar, Johor.
“Dan kita telah tetapkan lokasi tumpuan di mana kawasan-kawasan yang sepatutnya kita jangkakan banyak kenderaan yang keluar masuk.
“Lebuh raya AMJ menghala ke Muar itu memang sejak minggu lepas kita telah letakkan anggota bertugas untuk memastikan kelancaran lalulintas.
“Kita percaya ramai pengguna akan menggunakan laluan tersebut untuk balik ke Johor Bahru selain lebuh raya utama,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan, tiada pembekuan cuti anggota setakat ini kecuali pada 25 Mac sempena Hari Polis.
Ketika ini, kira-kira 3,000 anggota polis bertugas di seluruh Melaka, dengan 10 peratus diberikan cuti secara bergilir sebelum atau selepas perayaan Aidilfitri.