400 pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah terima bantuan khas kewangan RM1,000

Gambar hiasan

SEREMBAN, 22 Oktober – Kira-kira 400 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Negeri Sembilan menerima bantuan khas kewangan secara sekali beri sebanyak RM1,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan menyasarkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara.
  • Kerajaan membantu pemandu teksi tradisional menyesuaikan diri dengan platform digital dan e-hailing untuk mendapatkan penumpang.
  • Program Reformasi Teksi Nasional MADANI diteruskan bersama PROTON untuk memudahkan peralihan kepada kenderaan lebih baharu.
  • Program menawarkan diskaun, pengecualian cukai dan kemudahan pembiayaan; lebih 100 kenderaan telah ditempah setakat ini.

Secara keseluruhan, bantuan itu menyasarkan 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan turut membantu pemandu teksi tradisional menyesuaikan diri dengan penggunaan platform digital bagi mendapatkan penumpang.

“Dalam era sekarang, kebanyakan penumpang memilih platform dalam talian atau e-hailing untuk menempah kenderaan. Jadi, kita cuba membantu pemandu teksi tradisional supaya mereka dapat berubah mengikut peredaran zaman dan menggunakan aplikasi bagi mendapatkan penumpang serta mencari nafkah,” katanya.

Dalam usaha membantu pemandu teksi menghadapi perubahan industri pengangkutan, kerajaan turut meneruskan Program Reformasi Teksi Nasional MADANI dengan kerjasama PROTON bagi membolehkan mereka beralih kepada kenderaan lebih baharu.

Program itu menawarkan insentif diskaun, pengecualian cukai dan kemudahan pembiayaan, dengan lebih 100 kenderaan telah ditempah setakat ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.