fb fb fb fb fb

36,426 kompaun lebih RM18.2 juta dikeluarkan atas kawalan demam denggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Januari - Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 36,426 kompaun pada tahun 2023 menerusi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bertujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah itu sekali gus mencatatkan jumlah kompaun bernilai lebih RM18.2 juta dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

Sementara itu, 4,264 kes didaftar untuk tindakan mahkamah manakala 911 kes lagi telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda melebihi RM2.3 juta.

Dr Muhammad Radzi turut memaklumkan sebanyak 112,455 notis kesalahan dikeluarkan menerusi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bagi tempoh sama.

Sebanyak 63,39 kompuan ditawarkan berjumlah lebih RM16.3 juta hasil pemeriksaan ke atas 246,982 premis.

Bagi penguatkuasaan Akta Makanan 1983, sebanyak 2,242 premis makanan diperintah tutup hasil daripada pemeriksaan yahg dijalankan terhadap 104,925 premis.

TETITIA YUSOFF