fb fb fb fb fb

357,898 murid capai tahap sederhana dan fasih digital

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Seramai 357,898 murid Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 mencapai tahap sederhana dan fasih digital menerusi Digital Competency Score (DCS).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merapatkan jurang akses pendidikan berkualiti.

"KPM telah mewujudkan pasukan Guru Jauhari Digital sebagai pakar dalam pengintegrasian teknologi manakala Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) telah diberi latihan oleh rakan strategik untuk meningkatkan kompetensi digital.

"Pada masa sama kita juga melaksanakan pengintegrasian teknologi digital bersama-sama rakan strategik dan juga melalui penyediaan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) membolehkan murid mengakses buku teks digital, Kit Pemugaran Literasi dan Numerasi serta gamifikasi Minecraft," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Senator Tuan Amir Md Ghazali berkenaan usaha pemerkasaan sektor pendidikan untuk memastikan generasi masa hadapan mempunyai kemahiran relevan dalam menghadapi era digital dan Revolusi Industri 4.0 dan langkah jangka panjang untuk merapatkan jurang dalam akses pendidikan berkualiti.

KPM juga mengambil inisiatif untuk melengkapkan institusi pendidikan dengan peralatan teknologi komunikasi maklumat (ICT), termasuk mengagihkan 244,158 peranti di 9,093 buah sekolah dari 2022 hingga 2024.

Pada masa sama KPM dalam usaha merapatkan jurang pendidikan dan mengelakkan keciciran dalam memastikan keberhasilan yang berkualiti Pelan Pembangunan Pendidikan.

Kementerian itu juga memperkenalkan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) menyediakan peluang pendidikan pada peringkat rendah dan menengah rendah bawah pentadbiran sama dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI