fb fb fb fb fb

31 Buah rumah rosak di Perlis akibat ribut

ARAU, 27 April- Kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis kira-kira jam 5.30 hingga 6.00 petang tadi dan sehingga 9.15 malam ini sebanyak 31 buah rumah rosak akibat bumbung diterbangkan angin.

Sebanyak 11 kawasan dikenalpasti terlibat sekitar Arau dan Kangar iaitu Kampung Behor Mentalon, Kampung Sungai Berembang, Kampung Behor Masjid dan Kampung Chemumar.

Selain itu, Kampung Padang Besar Selatan, Kampung Tok Kaya, Kampung Behor Mali, Kampung Titi Tok Bandar, Kampung Sungai Baru, Seriab dan Simpang Empat.


(Antara rumah yang rosak akibat ribut di Perlis)

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya telah turun ke lokasi terlibat dan kini sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas.

Kejadian ini yang kedua ketika Aidilfitri dimana pada 23 April lalu sebanyak 23 buah rumah di 15 kampung terkesan dengan bencana ribut.

Pihak MAIPs menyeru mangsa yang belum membuat laporan polis agar segera berbuat demikian bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Media Baharu