300 peserta Palestine Convoy terkandas di Lintasan Ibrahim Al-Khalil

300 peserta Palestine Convoy dari 20 negara terkandas di Lintasan Ibrahim Al-Khalil ketika dalam perjalanan menuju ke Tebing Barat/ Perunding Media Alkhair Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Seramai 300 peserta Palestine Convoy dari 20 negara terkandas di Lintasan Ibrahim Al-Khalil ketika dalam perjalanan menuju ke Tebing Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rundingan dengan pihak berkuasa masih diteruskan bagi mendapatkan permit melintasi sempadan agar konvoi dapat meneruskan perjalanan.
  • Masalah visa beberapa peserta dan dakwaan tekanan politik serta diplomatik Israel dikaitkan sebagai antara faktor punca kelewatan.
  • Pihak penganjur menegaskan misi solidariti terhadap rakyat Palestin, bukan bertujuan mencetuskan ketegangan, dan semua keperluan undang-undang telah dipenuhi.

Perunding Media Alkhair Malaysia, Razali Awang dalam kenyataan memaklumkan, rundingan dengan pihak berkuasa berkaitan masih berlangsung bagi membolehkan konvoi meneruskan perjalanan.

“Proses menunggu dan mendapatkan permit untuk melintasi sempadan itu masih berjalan di pihak Iraq, dengan masalah visa sebahagian peserta turut dikaitkan sebagai antara faktor yang menyebabkan kelewatan.

“Pihak kami telah melengkapkan segala keperluan undang-undang, status awam serta persiapan yang diperlukan bagi meneruskan misi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Razali yang juga merupakan peserta tunggal dari Malaysia berkata, misi berkenaan bukan untuk mencetuskan ketegangan politik, sebaliknya menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menarik perhatian antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Sementara itu, Palestine Convoy turut mendakwa kelewatan berkenaan mungkin dipengaruhi tekanan politik dan diplomatik Israel terhadap negara-negara di rantau berkenaan.

Bagaimanapun, rundingan dengan pihak berkuasa masih diteruskan dengan harapan konvoi berkenaan dibenarkan meneruskan perjalanan secara aman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.