fb fb fb fb fb

300 mahasiswa sertai Cabaran Kajian Kes Perniagaan

FOTO FB proton Cars

KUALA LUMPUR, 27 September- PROTON melancarkan Cabaran Kajian Kes Perniagaan yang menarik hampir 300 pelajar daripada enam universiti awam dan swasta di Malaysia.

Menerusi kenyataan, pengeluar kereta nasional itu berkata, kajian itu bagi mengembangkan kumpulan pekerjanya melalui program Proton Young Talent (PYT).

Cabaran Kajian Kes Perniagaan ini adalah pertandingan yang memerlukan peserta merumuskan dan membentangkan penyelesaian terbaik kepada kajian kes perniagaan.

Rumusan itu dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan menggunakan analisis data, pertimbangan perniagaan, dan inovasi.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar universiti dari semester pertama hingga terakhir dengan minimum empat hingga enam ahli setiap kumpulan.

Ia bukan sahaja memupuk kreativiti dan pemikiran analitikal, tetapi juga memberi pelajar pemahaman yang menyeluruh mengenai pelbagai strategi perniagaan.

Selain memberi pendedahan kepada pelajar menghadapi cabaran dunia sebenar dan meletakkan asas untuk kerjaya masa depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE