fb fb fb fb fb

3,000 belia disasar hadir Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka

Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka

JASIN, 18 Mei - Seramai 3,000 belia disasarkan hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka yang bermula hari ini hingga esok.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka Khairul Adri Rosli berkata, program itu berlangsung di Stadium Jasin, di sini telah dimulakan dengan aktiviti 'Fun Run- sekitar pukul 7.00 pagi tadi.

Katanya ada banyak lagi aktiviti turut disediakan kepada pengunjung yang hadir.

"Kita ada klinik-klinik melibatka pameran motosikal dan kereta, kita ada sediakan program-program yang berkaitan rekreasi, program berkaitan seni kreatif, mural dan sebagainya. Jadi anak-anak saya minta anak-anak muda sertailah program yang melibatkan pelbagai gaya hidup rakan muda sempena Sambutan Hari Belia Negara ini." kata Khairul kepada pemberita, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menjemput orang ramai untuk datang meriahkan lagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Banda Hilir, Melaka pada 25 dan 26 Mei ini.

TETITIA YUSOFF