ALOR SETAR, 4 November- 3,000 beg darah disasarkan pada Program Derma Darah Perdana 2024.
Pelaksanaan program oleh Majlis Jaksa Pendamai Kedah dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani itu, bagi menampung kekurangan tabung darah di hospital-hospital di Kedah dan Perlis.
Pengerusi Program, Datuk Tan Hong Eng berkata penganjuran bertemakan 'Setitis Darah, Seribu Impuan, Sejuta Harapan Semerah Jelapang Padi' itu telah bermula sejak 20 Oktober lepas hingga 30 November ini.
Setakat ini, lebih 600 beg darah berjaya dikumpulkan menerusi pelaksanaan program di lokasi-lokasi terpilih.
Beliau turut berharap pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta komuniti setempat dapat menyertai program itu, sebagai sokongan kepada individu yang memerlukan.
"Menerusi sokongan serta penyertaan pelbagai pihak, berupaya memupuk budaya menderma darah secara berterusan", katanya pada sidang media di sini.