TH sambut baik langkah pinda akta, komited kukuh tadbir urus

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 selaras dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memperkukuh tatakelola dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan terus terpelihara.

RINGKASAN BERITA AI
  • TH komited untuk memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti demi kepentingan pendeposit serta kelestarian institusi.
  • TH akan terus menyokong usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah terpelihara.
  • Kerajaan akan meminda Akta TH 1995 untuk memperkukuh tatakelola dan membetulkan kelemahan institusi sebagai usaha Kerajaan MADANI.

Sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam untuk menunaikan haji, TH komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, ketelusan dan integriti demi menjaga kepentingan pendeposit serta kelestarian institusi.

“TH akan terus menyokong setiap usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi akan datang,” menurut TH menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook berkata, kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta TH 1995 (Akta 535) bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara.

Jelas beliau yang juga Menteri Kewangan, pindaan itu antara langkah Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetul dengan tegas.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.