
KUALA LUMPUR, 11 Julai – Seramai 250 pelatih wanita melapor diri bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 3 Tahun 2026 di Kem 515 Askar Wataniah (AW), Kem Kementah, di sini hari ini.
- Proses pendaftaran bermula pukul 8 pagi melibatkan pelatih terpilih yang akan menjalani latihan pembentukan jati diri dan disiplin.
- PLKN 3.0 memberi penekanan kepada pembangunan karakter melalui modul relevan termasuk kepimpinan, kerjasama berpasukan dan nilai patriotisme.
- Program menjadi platform membentuk belia yang lebih berdaya tahan, bertanggungjawab serta mempunyai semangat cintakan negara.
- Kem 515 AW antara tiga kem AW yang terlibat dalam pendaftaran serentak bersama Kem 504 AW Perlis dan Kem 505 AW Pahang.
Proses pendaftaran bermula pukul 8 pagi tadi melibatkan pelatih terpilih yang akan menjalani latihan berteraskan pembentukan jati diri, disiplin serta semangat kenegaraan.
Pelaksanaan PLKN 3.0 kali ini memberi penekanan kepada pembangunan karakter generasi muda melalui modul latihan yang lebih relevan termasuk aspek kepimpinan, kerjasama berpasukan dan nilai patriotisme.
Program berkenaan turut menjadi platform membentuk generasi belia yang lebih berdaya tahan, bertanggungjawab serta mempunyai semangat cintakan negara.
Kem 515 AW merupakan antara tiga kem Askar Wataniah yang terlibat dalam pendaftaran serentak PLKN 3.0 Siri 3/2026, selain Kem 504 AW di Perlis dan Kem 505 AW di Pahang.