
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang di Parlimen
KUALA LUMPUR, 25 November – Sebanyak 25 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) diluluskan bagi kawasan Parlimen Gerik dengan peruntukan keseluruhan RM3.35 juta.
- Enam projek pemasangan Lampu Jalan Kampung jenis Solar LED diperuntukkan RM1.2 juta, melibatkan 120 unit lampu.
- Projek dilaksanakan dari Ogos hingga November 2026 oleh Pejabat KKDW Negeri Perak.
- Pemasangan lampu di lokasi dikenal pasti bertujuan meningkatkan pencahayaan dan keselamatan penduduk kampung.
- Jalan siap dibina diserahkan kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan untuk penyelenggaraan; jalan berdaftar MARRIS diselenggara kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, enam projek pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis Solar LED turut dilaksanakan dengan peruntukan RM1.2 juta, melibatkan pemasangan 120 unit lampu di lokasi dikenal pasti.
“Projek berkenaan sedang dilaksanakan dari Ogos hingga November 2026 oleh Pejabat KKDW Negeri Perak.
“Pakej projek berkenaan melibatkan pemasangan secara one-off sebanyak 120 unit lampu jalan kampung jenis solar di lokasi yang dikenal pasti oleh PKN Negeri Perak bagi meningkatkan pencahayaan dan keselamatan penduduk di kawasan kampung,” katanya.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas soalan tambahan mengenai tanggungjawab penyelenggaraan jalan kampung, beliau menjelaskan jalan yang siap dibina akan diserahkan kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan untuk penyelenggaraan dan baik pulih, tertakluk kepada status pendaftaran jalan berkenaan.
Bagi jalan yang didaftarkan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), tanggungjawab penyelenggaraan terletak di bawah kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.