fb fb fb fb fb

22 kawasan berisiko berlaku kepala air di Terengganu dikenal pasti

SETIU, 5 September- Sebanyak 22 kawasan perkelahan dan rekreasi yang sering menjadi tumpuan di Terengganu dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air.

Ia melibatkan kawasan air terjun,sungai dan lata di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata paling banyak di Hulu Terengganu dan Dungun dengan lima lokasi yang sering dikunjungi untuk aktiviti perkelahan.

Manakala empat lokasi masing-masing di Besut, Setiu dan Kemaman.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengunjung ke kawasan tersebut supaya lebih peka dengan petanda awal fenomena kepala air.

"Harta boleh kita cari nyawa tidak boleh kita cari. Pindahkan kenalan kita, anak beranak kita, saudara mara kita ke tempat yang selamat dahulu. Ini kita tumpu pindah kenderaan bersama dengan anak-anak yang ini pada saya memang menempah maut. Pada saya sebaiknya selamatkan anak beranak kita dahulu ke tempat selamat baru fikirkan kemudian macam mana kaedah nak menyelamatkan kenderaan kita," katanya.


(Pengarah JBPM Terengganu, Md Hilman Abd Rashid)

Terdahulu beliau meninjau kawasan yang dilanda kepala air di Lata Ulu Kasar, Setiu.

Seramai 32 individu termasuk 13 kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air Jumaat lalu.

Media Baharu