fb fb fb fb fb

21.1 juta pemilih direkodkan SPR

KUALA LUMPUR, 2 Ogos- Seramai 21,113,234 pemilih direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mei 2022 pada 16 Jun lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 5.4 peratus (1,141,749 orang) pemilih berumur 18 hingga 20 tahun, manakala selebihnya sebanyak 19,971,485 orang atau 94.6 peratus berusia 21 tahun ke atas.


(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang),
Datuk Mas Ermieyati Samsudin)

"Pertambahan pengundi dalam kalangan generasi muda adalah wajar dan mustahak bagi kerajaan untuk memastikan golongan ini bersedia dari aspek pengetahuan dan pemupukan nilai-nilai dalam membentuk negara bangsa terutama hak mengundi sebagai rakyat Malaysia", katanya menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, ahli parlimen Sabak Bernam pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Penguatkuasaan had umur pemilih kepada 18 tahun menyaksikan pertambahan ketara sebanyak 5.8 juta pemilih sejak ia dilaksanakan Disember tahun lalu.

Sebanyak 1.2 juta daripada jumlah itu terdiri daripada golongan muda berusia 18 hingga 20 tahun.

Media Baharu