KUALA LUMPUR, 2 Mac- Sebanyak 2,835 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dikenalpasti terjejas akibat bencana banjir tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 110 unit rumah sudah siap dibaiki, manakala selebihnya masih dalam proses baik pulih dan pembinaan rumah baharu.
Jelas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah, pihaknya kini berdepan beberapa kekangan untuk menyiapkan proses baik pulih tersebut susulan kenaikan kos bahan binaan.
"Peningkatan daripada 10 ke 15 peratus khususnya pada pasca pandemik ini kita akui sukar nak cari kontraktor dan ada ramai tak buat kerja dia kata harga rendah dan implikasi ini menyebabkan kelewatan untuk pembinaan dan bantuan lewat disampikan kepada kontraktor jadi antara cadangan yang dibuat cadangan kenaikan kos rumah perlu dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan kerana ia melibatkan implikasi kewangan pada kerajaan," katanya.
(Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hasbi Habibollah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat)
Ketika menjawab cadangan wakil Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif supaya kerajaan menambah saiz rumah PPRT sedia ada, beliau berkata, ia memerlukan kelulusan pihak kabinet kerana akan melibatkan peningkatan kos pembinaan.