fb fb fb fb fb

2,338 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-19 - KKM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 20 Mei- Kes demam denggi merekodkan sebanyak 2,338 kes pada Minggu Epidemiologi ke-19 dengan satu kematian dicatatkan.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding 1,995 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menerusi kenyataan ia menjadikan jumlah kes dari minggu pertama sehingga kini sebanyak 57,220.

Selain itu, bagi kes Chikungunya, satu kes direkodkan menjadikan jumlah sebanyak 24 kes hingga minggu ini.

Tambahnya, susulan Monsun Barat Daya, ia boleh menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes.

Orang ramai dinasihatkan untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar rumah dengan melakukan aktiviti Cari dan Musnah, sekurang-kurangnya 10 minit sekali seminggu.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM