fb fb fb fb fb

157,760 peluang pekerjaan hasil FDI 2017 hingga 2022

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Sebanyak 157,760 peluang pekerjaan dalam negara diwujudkan hasil pelaburan langsung asing (FDI) sejak 2017 hingga 2022.

Jelas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong daripada jumlah tersebut 133,117 atau 84.3 peratus adalah pekerja tempatan, manakala 26,643 merupakan pekerja asing.

Peluang pekerjaan berkenaan terhasil daripada 1,392 projek pemilikan asing bernilai RM426.6 bilion.

"Bagi sektor perkilangan, sebanyak 1,164 projek perkilangan yang melibatkan pelaburan bernilai RM329.9 bilion telah direalisasikan dan mewujudkan 150,873 peluang pekerjaan.

"Lima industri perkilangan utama melibatkan pemilikan asing yang mewujudkan jumlah pekerjaan tertinggi adalah industri elektrik dan elektronik 75,593 pekerjaan, barangan logam asas 14,477 pekerjaan, jentera dan kelengkapan 7,001 pekerjaan, barangan galian bukan logam 6,820 pekerjaan dan barangan getah 5,721 pekerjaan.

"228 projek dengan pelaburan bernilai RM96.7 bilion telah direalisasikan bagi tempoh sama dan mewujudkan 6,887 peluang pekerjaan," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat, di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu