Lamine Yamal dinobat Atlet Muda Terbaik Anugerah Laureus

Lamine Yamal / REUTERS

LONDON, 21 April – Penyerang berbisa Barcelona dan Sepanyol, Lamine Yamal, memenangi anugerah sulung Atlet Muda Terbaik Tahunan di Anugerah Sukan Dunia Laureus, lapor PA Media/dpa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menjuarai Kejohanan Eropah (Euro) bersama skuad kebangsaan Sepanyol.
  • Peranan penting membantu Barcelona merangkul treble domestik musim lalu.
  • Mempamerkan aksi konsisten musim ini, meletakkan Barcelona dalam kedudukan selesa untuk mengejar LaLiga.
  • Menerima anugerah Laureus kali kedua, pada usia 18 tahun jadi atlet termuda memenangi dua anugerah Laureus.

Majlis yang berlangsung di Madrid pada Isnin malam itu menyaksikan Yamal diiktiraf atas pencapaian cemerlangnya sepanjang tahun 2025.

Yamal melangkah ke tahun baharu sebagai pemenang Kejohanan Eropah (Euro) bersama skuad kebangsaan Sepanyol, selain menjadi watak penting yang membantu Barca merangkul kejuaraan “treble” domestik musim lepas.

Bintang remaja itu terus mempamerkan aksi konsisten musim ini, sekali gus meletakkan Barcelona dalam kedudukan selesa untuk memburu satu lagi kejuaraan LaLiga.

Kemenangan itu merupakan anugerah Laureus kedua buat Yamal selepas beliau memenangi kategori Anugerah Kejayaan Cemerlang Tahunan pada April tahun lepas.

Pada usia hanya 18 tahun, Yamal melakar sejarah sebagai atlet termuda yang berjaya memenangi dua anugerah Laureus.- BERNAMA-PA MEDIA/dpa