KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Sebanyak 14 lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bakal didirikan di Sabah menjadikan jumlah keseluruhannya 132 buah, ketika ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan, penambahan tersebut akan didirikan dalam masa terdekat agar kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh penduduk negeri itu.
“Dari Kampung Langsat, saya kemudiannya ke Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital di PEDi Kampung Lohan, Ranau, Sabah.
“Dalam ucapan, saya memaklumkan buat masa ini, sebanyak 118 PEDi telah dibina di Sabah. Namun, bagi merealisasikan inisiatif 1 DUN 1 PEDi, 14 lagi PEDi akan didirikan dalam masa terdekat.
“Di kesempatan tadi, saya turut melawat semua booth usahawan yang menjual pelbagai produk dan mendengar sendiri bagaimana perniagaan mereka berkembang melalui PEDi,” kata Fahmi menerusi perkongsian di Facebooknya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pemasangan Starlink, penduduk Kampung Langsat terima akses internet