fb fb fb fb fb

139 tapak berpotensi dibangunkan sebagai Perumahan Mampu Milik di Kuala Lumpur

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 18 Februari-Sebanyak 139 tapak berkeluasan lebih tiga ribu ekar yang berpotensi untuk pembangunan perumahan mampu milik dikenalpasti kerajaan menerusi Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Ke arah itu, Zon Guna Tanah Kediaman 4 ( R4) berkeluasan lebih tiga ratus hektar bagi tujuan pembangunan rumah mampu milik termasuk perumahan awam diperkenalkan.

"Draf pelan tempatan KL 2040 PSKL 2040 telah kenalpasti 139 tapak dengan keluasan keseluruhannya 3036.81 ekar yang berpotensi untuk pembangunan semula.

"Tapak ini berpotensi untuk dijadikan perumahan mampu milik apabila dibangunkan bagi memastikan sasaran pembinaan rumah mampu milik tercapai draf PTKL 2040 telah memperkenalkan zon guna tanah kediaman 4 atau R4 iaitu zon khusus bagi pembangunan rumah mampu milik termasuk rumah awam dengan keluasan 354.47 hektar", katanya demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu,Draf Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2040 yang dilancarkan pada Januari tahun lalu merupakan kerangka utama pelan pembangunan ibu negara yang disediakan bagi menterjemah visi serta matlamat digariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah diwartakan pada 19 Oktober tahun lepas.

Draf PTKL 2040 ini secara khusus memberikan penekanan terhadap perancangan cadangan zon guna tanah dan intensiti pembangunan secara spesifik ke atas setiap lot tanah di ibu negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD