fb fb fb fb fb

13 PPS masih aktif di Johor

Pemilik premis mencuci kedai akibat dilanda banjir

JOHOR, 14 Januari- Seramai 1,130 penduduk terjejas banjir di Johor direkod sehingga pukul 7.00 pagi tadi. Mereka masih berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima daerah terjejas di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, daerah Mersing merekodkan angka penduduk paling ramai terjejas banjir iaitu 611 orang yang masih berlindung di empat PPS.

Sementara itu di Kota Tinggi yang sebelum ini menjadi daerah teruk terjejas akibat banjir merekodkan 255 penduduk terjejas banjir di yang ditempatkan di empat PPS.

DI Kluang pula dengan kira-kira 155 penduduk terjejas berada di dua PPS.

Manakala, 88 penduduk terjejas berada di dua PPS di Segamat dan 23 penduduk terjejas berada di sebuah PPS masih aktif di Batu Pahat.

Tiga jalan masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing, Lingkaran Kahang Barat (Felda Kahang Barat) dan selepas Felda Kahang Barat, Kluang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI