fb fb fb fb fb

12 masjid di Wilayah Persekutuan dipilih sebagai pusat perlindungan - Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

AMPANG, 25 November- Sebanyak 12 buah masjid di Wilayah Persekutuan dipilih sebagai pusat perlindungan daripada 43 buah pusat perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia inisiatif kerajaan bagi memberikan perlindungan segera kepada mangsa keganasan rumah tangga tanpa jantina, bangsa dan agama.

Pihaknya menyediakan khidmat nasihat, sokongan psikologi serta kaunseling.

Inisiatif itu menterjemahkan komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang komited melindungi wanita khususnya mereka yang terlibat dalam keganasan rumah tangga, jenayah rogol dan gangguan seksual.

Pihaknya juga menggalakkan mangsa-mangsa mendapatkan bantuan melalui Talian Kasih 15999.

"Kita tidak mahu mereka keseorangan, malah kita juga ada bekerjasama dengan pihak masjid untuk mereka boleh lari sementara sekiranya sesuatu berlaku terhadap mereka," katanya kepada pemberita ketika kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita sempena sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di di PPR Hiliran Ampang di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM