
BATU PAHAT, 7 September – Penantian 11 tahun bagi pembukaan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Jaya, Batu Pahat akhirnya berakhir apabila sekolah berkenaan mula beroperasi hari ini.
- Projek bernilai RM45 juta dibina sejak 2013, sepatutnya siap 2015 namun digolongkan sebagai projek sakit.
- Pada peringkat awal dibuka sembilan daripada 30 kelas, membabitkan 222 pelajar.
- Jumlah pelajar akan ditambah secara berperingkat dan sekolah dijangka mampu menampung sehingga 900 pelajar menjelang 2027.
- Cadangan penubuhan jawatankuasa pemantauan untuk fokus infrastruktur agar penyelenggaraan tidak diserahkan hanya kepada PPD, pengetua dan guru besar.
Projek sekolah bernilai RM45 juta itu mula dibina pada 2013 dan sepatutnya siap pada 2015, namun kemudiannya dikategorikan sebagai projek sakit.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, bagi peringkat awal hanya sembilan daripada 30 kelas dibuka, membabitkan 222 pelajar.
Menurutnya, jumlah pelajar akan ditambah secara berperingkat dan sekolah berkenaan dijangka mampu menampung sehingga 900 pelajar menjelang 2027.
“Saya mencadangkan penubuhan jawatankuasa pemantauan yang memberi tumpuan awal kepada aspek infrastruktur sekolah, supaya tanggungjawab penyelenggaraan tidak hanya diletakkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru besar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mahu isu penyelenggaraan sekolah, termasuk sekolah yang baru beroperasi, dipantau secara bersama bagi memastikan kemudahan pendidikan sentiasa berada dalam keadaan baik.