fb fb fb fb fb

104 PATI dihantar pulang

Foto Jabatan Imigresen Negeri Kedah

ALOR SETAR, 18 Februari- Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara telah diusir pulang ke negara asal masing-masing.

Kesemua PATI terbabit dihantar oleh Jabatan Imigresen Kedah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata perkhidmatan udara digunakan bagi menghantar pulang PATI.

Kesemua PATI terdiri daripada 72 warga Myanmar, Bangladesh (9), Indonesia (6), Pakistan (5), India (4), Sri Lanka (3), Nepal (3), dan Cambodia (2).

Beliau berkata kesemua PATI terbabit sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Belantek, Sik dan telah selesai menjalani hukuman setelah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Katanya, program pemindahan PATI merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Jabatan Imigresen Negeri Kedah.

ROSLINA BINTI DIN