Isu infrastruktur antara fokus kempen calon PH di Johor Jaya

Calon Pakatan Harapan N42 Johor Jaya, Lee Wern Yiing/ Foto FB Lee Wern Yiing

JOHOR BAHRU, 8 Julai – Isu tempatan seperti infrastruktur, kerosakan longkang, pokok dan jalan berlubang, antara fokus Calon Pakatan Harapan N42, Lee Wern Yiing untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isu infrastruktur tempatan seperti longkang rosak, pokok berbahaya dan jalan berlubang jadi fokus utama, dengan aduan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
  • Calon giat turun padang beramah mesra, mendengar masalah penduduk dan menerangkan manifesto kepada pengundi setempat.
  • Manifesto menumpukan pengangkutan awam, penglibatan usahawan muda, aktiviti wanita dan transformasi komuniti sebagai lima teras kempen.

Beliau berkata, perkara itu banyak diketengahkan masyarakat setempat dan akan dibantu dengan membuat aduan serta bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Berbaki dua hari sahaja kempen sebelum Hari Pengundian, beliau terus giat turun pandang bagi beramah mesra dengan penduduk sekali gus, mendengar permasalahan masyarat.

“Saya akan cuba sedaya upaya untuk berjumpa lebih banyak penduduk di Johor Jaya. Setakat ini saya diterima sangat baik oleh penduduk Johor Jaya. Jadi saya akan teruskan dan juga saya akan memberitahu mereka manifesto untuk Johor Jaya”, katanya.

Lima manifesto diketengahkan termasuk pengangkutan awam, penglibatan usahawan muda, aktiviti wanita dan transformasi komuniti dalam kempen kali ini.

Beliau juga menyeru semua pihak terutama dari luar kawasan untuk pulang menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional, Chan San San tidak ketinggalan giat meneruskan kempen dengan beramah mesra dan sarapan bersama masyarakat, pagi tadi.

N42 Johor Jaya menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan, Lee Wern Yiing, Chan San San (Barisan Nasional), Lau Yi Leong (Bersama) dan Lim Hun Peaw (Bebas).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.