Wanita maut, dua cedera dalam nahas kereta dan lori di Baram

Foto RTM

MIRI, 3 Mei – Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Simpang Long Laput, kira-kira enam kilometer dari Jalan Long Lama, Baram, Miri, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa maut dikenal pasti sebagai Lidia Ubong Ann, 41, pemandu sedan, tersepit sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
  • Kematian disahkan di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
  • Seorang wanita 19 tahun dan seorang kanak-kanak 4 tahun dihantar ke hospital; pemandu lori 46 tahun dilaporkan tidak cedera.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Lidia Ubong Ann, 41, yang juga pemandu kereta sedan berkenaan.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak,

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Dua lagi mangsa yang cedera, iaitu seorang wanita berusia 19 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun, dihantar ke hospital berhampiran sebelum ketibaan pasukan bomba.

Pemandu lori berusia 46 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.