
PUTRAJAYA, 12 Julai – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Persekutuan Rusia, semalam, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (KLN).
- Mendiang salah seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang menyertai ekspedisi melalui syarikat pengendali pendakian di Rusia.
- Kedutaan Malaysia di Moscow menghubungi keluarga dan dua peserta lain, menyelaraskan urusan serta memberikan bantuan konsular.
- Kedutaan akan terus memantau perkembangan kes dan KLN merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
KLN memaklumkan, mangsa merupakan salah seorang daripada kumpulan tiga rakyat Malaysia yang menyertai ekspedisi pendakian gunung berkenaan melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di Persekutuan Rusia.
“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah berhubung dengan keluarga mendiang di Malaysia serta dua rakyat yang menyertai pendakian tersebut bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Moscow akan terus memantau perkembangan kes tersebut dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.
Dalam pada itu, kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.