Wanita rentung, terperangkap dalam kenderaan terbakar

Mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu

KUCHING, 12 Julai – Seorang wanita rentung selepas kenderaan yang dipandu terbakar dalam insiden di Jejambat Selangau, Jalan Sibu-Bintulu, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Identiti mangsa disahkan Simbut anak Sigai, 49 tahun.
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.22 malam; BBP Selangau dikerahkan kira-kira dua kilometer dari balai.
  • Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia; mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan identiti mangsa disahkan sebagai Simbut anak Sigai, 49 tahun.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.22 malam dan sepasukan pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi, kira-kira dua kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, kenderaan jenis sedan terbakar di bahagian hadapan, manakala mangsa terperangkap di tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”menurut kenyataan itu lagi.

Operasi ditamatkan pada pukul 8 malam.