Malaysia tewaskan Thailand dalam aksi sulung Union Cup 2026

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Julai Skuad Bunga Raya 15 sebelah memulakan penampilan sulung di Kejohanan Union Cup 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan tuan rumah Thailand 30-27 pada aksi pembukaan di Bangkok, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan kendalian K. Dinesvaran menunjukkan disiplin dan konsistensi sepanjang perlawanan.
  • Menguasai separuh masa pertama melalui permainan tersusun dan pertahanan yang kemas.
  • Lawan bangkit pada babak kedua, namun skuad negara kekal tenang hingga wisel penamat.
  • Kapten Shobrey Amok mahu penambahbaikan; pasukan akan menilai permainan menerusi video.

Pasukan kendalian K. Dinesvaran mempamerkan aksi berdisiplin dan konsisten untuk mengatasi tentangan sengit tuan rumah, sekali gus meraih kemenangan pertama dalam kejohanan tersebut.

Malaysia menguasai separuh masa pertama dengan mendahului 13-7 hasil permainan tersusun dan pertahanan yang kemas.

Thailand bagaimanapun bangkit memberi saingan pada babak kedua, namun skuad negara berjaya mengekalkan ketenangan untuk mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat.

Kapten pasukan, Shobrey Amok menyifatkan kemenangan itu memberi keyakinan kepada pasukan, namun masih banyak aspek yang perlu diperbaiki menjelang perlawanan seterusnya.

“Pada permainan tadi, kemungkinan pemain akan mengambil langkah seterusnya untuk penambahbaikan.

“Kita akan melihat semula pemainan menerusi video dan menilai kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia dalam kedudukan positif untuk meneruskan cabaran pada baki saingan kejohanan, dengan skuad Bunga Raya dijadual beraksi dalam perlawanan seterusnya pada 15 Julai sebelum melengkapkan aksi peringkat awal pada 18 Julai.