
KUALA TERENGGANU, 20 Mei – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,000 dua tahun lalu.
- Didakwa menerima wang daripada seorang lelaki sebagai dorongan melepaskan individu daripada tahanan polis.
- Pertuduhan pertama: menerima RM990 melalui pemindahan di Bank Cawangan Bandar Permaisuri, Setiu pada 22 Ogos 2024.
- Pertuduhan kedua: menerima RM2,010 di hadapan Bank Cawangan Setiu pada tarikh yang sama.
- Jika sabit, hukuman hingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000.
Tertuduh didakwa menerima wang daripada seorang lelaki sebagai dorongan melepaskan individu itu daripada tahanan polis.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima RM990 melalui pemindahan wang di sebuah bank Cawangan Bandar Permaisuri, Setiu pada 22 Ogos 2024.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima RM2,010 di hadapan sebuah bank Cawangan Setiu pada tarikh sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000.
Majistret Tuan Azman Mustapha membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya SPRM Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nur Faiq Afiq Aziz.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).