Rumah separuh kekal di Felda Kechau 1 musnah terbakar

Foto JBPM Pahang

KUANTAN, 13 Oktober- Sebuah rumah separuh kekal di Felda Kechau 1, Padang Tengku, di Lipis, musnah kira-kira 90 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada 3.42 pagi.
  • Pasukan BBP Kuala Lipis tiba pada 4.14 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 4.33 pagi.
  • Operasi turut dibantu BBP Sungai Koyan dengan penglibatan enam anggota.
  • Empat penghuni termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan selamat, punca dan kerugian disiasat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.42 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis tiba di lokasi pada 4.14 pagi dan berjaya mengawal kebakaran pada 4.33 pagi.

Operasi itu turut mendapat bantuan BBP Sungai Koyan dengan penglibatan enam anggota.

Menurut Mohd Salahuddin, empat penghuni termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.