Polis tahan dua lelaki bersama 17 vape mengandungi ganja

Polis menemukan 17 paket vape yang dipercayai mengandungi cecair ganja/Foto polis

SARIKEI, 20 Mei – Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki 17 paket katrij vape mengandungi cecair disyaki dadah jenis ganja dalam serbuan di Jalan Nyelong Bypass, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek berusia 22 dan 23 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sarikei sekitar jam 2 petang.
  • Polis menahan sebuah kenderaan mencurigakan sebelum pemeriksaan menemui katrij vape disyaki mengandungi cecair ganja.
  • Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 42.5 gram.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek ditahan untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sarikei Superintendan Aswandy Anis berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, polis menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan menemukan 17 paket katrij vape disyaki mengandungi dadah jenis ganja.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 42.5 gram.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.