Polis siasat kes kanak-kanak dikasari pengasuh

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001/ Foto BERNAMA

TEMERLOH, 6 September – Polis membuka kertas siasatan susulan penularan rakaman video memaparkan kekasaran terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah Taman
Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Mentakab.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima laporan daripada ibu mangsa, menurut Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron.
  • Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Siasatan lanjut sedang dijalankan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya.
  • Rakaman video kejadian tular di media sosial, mendorong perhatian awam dan siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim Bahron mengesahkan, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian itu semalam.

Laporan polis turut diterima daripada ibu mangsa yang berusia 29 tahun, mengatakan anaknya menerima layanan kasar daripada seorang pengasuh di TASKA terbabit.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.