Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, lelaki 53 tahun ditahan

Foto RTM

KUCHING, 5 September – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dan merampas sejumlah peralatan muzik dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Lapangan Terbang Kuching, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Premis dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana melakukan aktiviti hiburan tanpa lesen.
  • Jika sabit kesalahan, hukuman boleh denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Anak Chabu berkata, serbuan kira-kira 10.45 malam itu mendapati premis berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen sah.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Polis akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pengusaha premis hiburan mematuhi peraturan ditetapkan.

Pengusaha premis hiburan di daerah Kuching turut dinasihatkan mendapatkan lesen sah serta mematuhi masa operasi yang ditetapkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.