PGA tahan lelaki positif syabu miliki enam rekod lampau

Enam rekod lampau, lelaki positif syabu ditahan/Foto PGA Briged Tenggara

PASIR MAS, 22 Julai — Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod lampau berkaitan kesalahan dadah ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara selepas disahkan positif dadah jenis syabu di Kampung Bakat, Alor Pasir, Rantau Panjang, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika anggota menjalankan rondaan; ditemui di perkarangan pondok madrasah dalam keadaan mencurigakan.
  • Pemeriksaan badan tidak menemui barang larangan, tetapi suspek disyaki memasukkan dadah ke dalam badan dan seorang penagih.
  • Kes dirujuk kepada AADK Cawangan Pasir Mas; suspek mengaku menagih sejak umur 30-an dan memperoleh pil kuda daripada seorang kenalan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain, berkata lelaki tempatan berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika anggota PGA menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek ditahan di perkarangan sebuah pondok madrasah selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan badan tidak menemui sebarang barang menyalahi undang-undang, namun suspek ditahan kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam badan serta disyaki seorang penagih dadah.

“Kes kemudiannya dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit dengan penagihan dadah sejak berusia sekitar 30-an dan memperoleh bekalan pil kuda daripada seorang kenalan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau membabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.