Premis sekitar Taman Sri Bahagia digempur, Imigresen cekup 108 warga asing

Foto JIM

JOHOR BAHRU, 22 Julai – Seramai 108 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di sekitar Taman Sri Bahagia di sini, pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bersepadu dilaksanakan Jabatan Imigresen Johor bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan.
  • Pelbagai warga asing ditahan termasuk lelaki dan wanita dari Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Nepal dan Indonesia, berusia sekitar 18 hingga 49 tahun.
  • Semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan; tindakan diambil mengikut Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

Operasi bersepadu tersebut dilaksanakan Jabatan Imigresen (JIM) Johor bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata antara yang ditahan termasuk 32 lelaki warga Bangladesh, Myanmar (22), Pakistan (16), Nepal (15) dan Indonesia (12).

Tujuh wanita yang diberkas termasuk tiga dari Myanmar serta masing-masing dua warga Indonesia dan Nepal.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 49 tahun dipercayai berkerja di premis berkenaan.

Semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” jelasnya.

Dua keping borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan, sepanjang pemeriksaan untuk membantu siasatan.

Tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.